SMK TAKIS,
P/S 486, 89608,PAPAR, SABAH
Tel : 088-915251 Fax : 088-911632

Sekapur Sirih Seulas Pinang

 Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat llahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya kita dapat bersama-sama semula bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2021. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua Warga SMK Takis atas kegigihan memikul tanggungjawab yang semakin mencabar dalam mendidik anak bangsa.  Jasa dan pengorbanan serta khidmat bakti yang dicurahkan amat disanjungi dan tidak dilupakan.

Tunjang kepada proses pendidikan yang berkesan harus berupaya melahirkan pelajar yang berilmu, kreatif, berfikiran kritis, berdaya saing, penyayang, berakhlak mulia, mempunyai jati diri yang tinggi dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.  Dalam hal ini, semua aktiviti di sekolah sama ada berbentuk kurikulum atau kokurikulum perlu menjurus untuk mencapai matlamat murni ini di samping pembentukan sahsiah dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.

Dalam mengharungi arus globalisasi hari ini, para guru SMK Takis perlu bergerak seiring dengan perkembangan semasa seperti menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga sejajar dengan Pembelajaran Abad Ke-21 yang menuntut agar guru-guru lebih proaktif, kreatif dan berinovatif.  Sikap “tidak apa”, “suka berada dalam zon selesa” dan “tidak mahu berubah” perlulah  dikikis jika kita mahu melangkah ke arah masa depan yang lebih gemilang.  Janganlah hanya menjadi “penonton” kepada kejayaan orang lain, khususnya dalam pentas ilmu.  Sebaliknya, kita perlu menyedari bahawa setiap orang berpotensi untuk mencapai kecemerlangan.  Perkara utama, kita perlu mempamerkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dan tidak membiarkan diri berada pada takuk yang lama. Janganlah kita mudah berpuas hati dengan kejayaan kita pada hari ini sebaliknya sentiasa terus berusaha dan bersikap proaktif ke arah penambahbaikan  demi kecemerlangan anak didik  di sekolah ini.

Akhir sekali, semoga pada tahun 2021 ini SMK Takis akan beroleh kejayaan cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. 

Sekian, terima kasih.

ILMU ASAS KECEMERLANGAN

Saya yang menjalankan amanah,

 

SAFRI BIN JEFFRI

Pengetua

SMK Takis Papar.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SMK TAKIS adalah antara 10 buah Sekolah Menengah di daerah Papar iaitu 2 km dari Pekan Papar, 52 km dari Kota Kinabalu. Di bina dengan keluasan 10 ekar tanah. Dinamakan sebagai SMK Takis kerana sempena nama Kampung Takis” Pembinaan sekolah bermula pada bulan Julai 1999 dan siap sepenuhnya pada bulan Januari 2001. SMK Takis mula mengambil kemasukan pelajar pada 29 Februari 2001, iaitu seramai 427 orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 dan hanya mempunyai 38 orang guru , 90% (34 orang adalah guru ijazah) pada ketika itu. Memperuntukkan 40 buah bilik kemudahan yang boleh memuatkan 30-40 orang pelajar dalam satu kelas SMK Takis mula mengambil kemasukan pelajar pada 29 Februari 2001, iaitu seramai 427 orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 dan hanya mempunyai 38 orang guru , 90% (34 orang adalah guru ijazah) pada ketika itu. Memperuntukkan 40 buah bilik kemudahan yang boleh memuatkan 30-40 orang pelajar dalam satu kelas Pengetua-

pengetua SMK Takis: En. Abidin Marjan ( September 2001 - October 2003). Datin Aisah Jaman (November 2003 - December 2004). Datin Hjh. Nik Faridah Nik Mustapha (January 2005-Mei 2008).Tuan Haji Mokhtar Bin Hj. Ibrahim (2009 - 2015). Puan Jainah Binti Basir (2016 - 2020)

Tuan Safri Bin Jeffry (2021- kini)

 OBJEKTIF SEKOLAH

 

1. Meningkatkan Pengurusan Kurikulum Yang Sistematik Dan Berkesan.  

2. Memastikan Pencapaian Kurikulum, Kokurikulum Dan Sahsiah Sentiasa Cemerlang.

 

3. Meningkatkan Sifat Ketaqwaan Dalam Diri.

 

4. Melaksanakan Sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Yang Cekap.

 

5. Mewujudkan Persekitaran Yang Kondusif.